Monday, 3 January 2005

Maksud Information System


Information System adalah gabungan perkataan Information (Melayu: Maklumat) dan System (Melayu:Sistem).

Ia bermaksud satu sistem yang membantu manusia mengumpul, mengurus, menyimpan dan mengedarkan maklumat.

Komponen Sistem Maklumat terdiri daripada berikut:
1. Manusia (sebagai Pengguna, Pemilik atau Pelaksana sistem).
2. Data (maklumat mentah yang perlu dimasukkan ke dalam sistem untuk diproses).
3. Prosedur (tatacara dalam melaksanakan tugas di dalam sesebuah sistem).
4. Proses (langkah-langkah yang perlu diambil untuk menukar maklumat mentah kepada maklumat).
5. Perkakasan Komputer (perkakasan elektronik yang digunakan untuk memproses maklumat).
6. Perisian Komputer (set arahan yang mengawal perjalanan Perkakasan Komputer).


No comments:

Post a Comment