Wednesday, 5 January 2005
Maksud Accounting Information System
Accounting Information System adalah gabungan perkataan Accounting (Melayu: Perakaunan) dan Information System (Melayu:Sistem Maklumat).
Tuesday, 4 January 2005
Maksud Management Information System
Management Information System adalah gabungan perkataan Management (Melayu: Pengurusan) dan Information System (Melayu:Sistem Maklumat). Pengurusan kebiasaannya merujuk kepada kumpulan yang mengawal perjalanan sesebuah organisasi. Untuk mengawal organisasi dengan baik, pihak pengurusan memerlukan sistem yang menyediakan maklumat yang khusus kepada kumpulan ini.
Monday, 3 January 2005
Maksud Information System
Information System adalah gabungan perkataan Information (Melayu: Maklumat) dan System (Melayu:Sistem).
Ia bermaksud satu sistem yang membantu manusia mengumpul, mengurus, menyimpan dan mengedarkan maklumat.
Komponen Sistem Maklumat terdiri daripada berikut:
1. Manusia (sebagai Pengguna, Pemilik atau Pelaksana sistem).
2. Data (maklumat mentah yang perlu dimasukkan ke dalam sistem untuk diproses).
3. Prosedur (tatacara dalam melaksanakan tugas di dalam sesebuah sistem).
4. Proses (langkah-langkah yang perlu diambil untuk menukar maklumat mentah kepada maklumat).
5. Perkakasan Komputer (perkakasan elektronik yang digunakan untuk memproses maklumat).
6. Perisian Komputer (set arahan yang mengawal perjalanan Perkakasan Komputer).
Sunday, 2 January 2005
Maksud System
System (Melayu:System) bermaksud satu gabungan yang terdiri daripada komponen-komponen tersendiri yang bekerja ke arah matlamat yang sama. Ia boleh bersifat fizikal contohnya sistem tubuh badan manusia atau bersifat logikal seperti sistem perakaunan perniagaan.
Saturday, 1 January 2005
Maksud Information
Information (Melayu:Maklumat) bermaksud maklumat yang membantu manusia membuat keputusan. Setiap hari manusia melakukan berbagai aktiviti untuk kelangsungan kehidupan. Aktiviti-aktiviti ini adakalanya mendedahkan manusia kepada risiko. Manusia seboleh-bolehnya mahu mengelak atau mengurangkan risiko tersebut. Sebelum bertindak, manusia akan menimbang dahulu buruk dan baik sesuatu tindakan yang mahu diambilnya. Pertimbangan ini memerlukan maklumat.
Ciri-ciri maklumat yang baik adalah seperti berikut:
1. Tepat.
2. Benar.
3. Bermakna.
4. Berkaitan.
5. Terkini.
Subscribe to:
Comments (Atom)




