Thursday, 30 November 2017

Salawat Murah Rezeki Indah Akhlak



Allaahumma solli ‘alaa sayyidina Muhammad
solaatan tuwassi ‘u bihaa ‘alainal arzaak
watuhassinu bihaa lanal akhlaak
wa ‘alaa ‘aalihi wasohbihi wasallim

Wahai Allah rahmati dan kurniakanlah
Kesejahteraan atas muhammad rasulullah
Dan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami
Dan menjadikan baiknya akhlak kami
dan curahkanlah kesejahteraan
atas keluarga dan para sahabatnya…

.

Wednesday, 29 November 2017

Anggaplah Password seperti berus gigi



"Anggaplah password seperti berus gigi. Jangan benarkan orang lain menggunakannya. Dan tukar baru setiap beberapa ketika" -Clifford Stoll-

Monday, 2 February 2015

Maksud E-Commerce

E-Commerce (Melayu: E-Dagang atau Perdagangan Elektronik) bermaksud aktiviti perdagangan yang menggunakan teknologi elektronik terutamanya melibatkan penggunaan teknologi komunikasi maklumat (English: Information Communication Technology). E-Commerce biasanya melibatkan organisasi perniagaan berskala besar.

Sunday, 1 February 2015

Maksud E-Business


E-Business (Melayu: E-Bisnes atau Perniagaan Elektronik) bermaksud aktiviti perniagaan yang menggunakan teknologi elektronik terutamanya melibatkan penggunaan teknologi komunikasi maklumat (English: Information Communication Technology).


Wednesday, 5 January 2005

Maksud Accounting Information System


Accounting Information System adalah gabungan perkataan Accounting (Melayu: Perakaunan) dan Information System (Melayu:Sistem Maklumat).

Tuesday, 4 January 2005

Maksud Management Information System

Management Information System adalah gabungan perkataan Management (Melayu: Pengurusan) dan Information System (Melayu:Sistem Maklumat). Pengurusan kebiasaannya merujuk kepada kumpulan yang mengawal perjalanan sesebuah organisasi. Untuk mengawal organisasi dengan baik, pihak pengurusan memerlukan sistem yang menyediakan maklumat yang khusus kepada kumpulan ini.

Monday, 3 January 2005

Maksud Information System


Information System adalah gabungan perkataan Information (Melayu: Maklumat) dan System (Melayu:Sistem).

Ia bermaksud satu sistem yang membantu manusia mengumpul, mengurus, menyimpan dan mengedarkan maklumat.

Komponen Sistem Maklumat terdiri daripada berikut:
1. Manusia (sebagai Pengguna, Pemilik atau Pelaksana sistem).
2. Data (maklumat mentah yang perlu dimasukkan ke dalam sistem untuk diproses).
3. Prosedur (tatacara dalam melaksanakan tugas di dalam sesebuah sistem).
4. Proses (langkah-langkah yang perlu diambil untuk menukar maklumat mentah kepada maklumat).
5. Perkakasan Komputer (perkakasan elektronik yang digunakan untuk memproses maklumat).
6. Perisian Komputer (set arahan yang mengawal perjalanan Perkakasan Komputer).